Pesawat KLM tergelincir

IMG 20241229 220446

OSLO – Sebuah penerbangan KLM Royal Dutch Airlines tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Oslo Torp Sandefjord di Norway selepas melakukan pendaratan cemas semalam(waktu tempatan).

Menurut beberapa pegawai, pesawat Boeing 737-800 menuju ke Amsterdam dari Lapangan Terbang Oslo itu mengalami kegagalan hidraulik sejurus selepas berlepas.

Juruterbang membuat keputusan melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Sandefjord yang terletak kira-kira 110 kilometer ke selatan Oslo.

Pesawat itu selamat mendarat walaupun hilang kawalan sedikit ketika pendaratan, demikian menurut laman web Aviation24.be.

Beberapa pegawai berkata, pesawat itu tergelincir dari landasan 18 dan berhenti di kawasan rumput lembut berhampiran.

Kapal terbang itu membawa 182 penumpang dan kru dengan semua mereka selamat.– AGENSI