Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5fcbdff5383a72322097a80f23fec1b56642e77568121

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Iteenews) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini disebabkanaktiviti belian semasa harga murah yang berterusan dalam persekitaranpetunjuk bercampur-campur daripada prestasi semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.97mata kepada 1,621.67daripada 1,613.70 semalam.

Indeks barometer dibuka tinggi3.86mata kepada 1,617.56.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 180berbanding 96 dengan 274kaunter tidak berubah, 1,872tidak diniagakan dan 40yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 133juta saham bernilai RM73.76juta.

Ketua PenyelidikanRakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee berkata aktiviti belian semasa harga murahmemberikan sokongan yang amat diperlukan untuk Bursa Malaysia,ia ditutup melepasi paras 1,610 semalam.

“Bagaimanapun, volum harian yang diniagakan kekal rendah kerana jualan asing mungkin berkurangan, justeru menawarkan peluang yang cukup untuk indeks penanda aras itu meningkat lebih tinggi, dijangkamelebihi paras 1,630.

“Sehubunganitu, kami menjangkakan indeks berkemungkinan berlegar dalam julat 1,610-1,620 hari ini,” katanya kepada Iteenews.