TAPAH – Polis menahan 26 individu termasuk 18 warga Indonesia selepas disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian laga ayam di sebuah ladang kelapa sawit milik persendirian di Air Kuning, di sini semalam.
Serbuan sekitar pukul 2 petang itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, semua suspek itu termasuk seorang wanita warga Indonesia berusia 31 hingga 50 tahun itu berjaya ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan haram itu.
“Polis berjaya menahan seramai 26 suspek yang terdiri daripada seorang lelaki Cina, seorang lelaki India dan tiga lelaki Melayu.
“Selain itu, tiga lelaki Iban, 17 lelaki dan seorang perempuan warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian laga ayam,”katanya di sini hari ini.
Katanya lagi, polis merampas 49 ekor ayam laga, lima sangkar besi, 22 telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM18,314.
“Kesemua tangkapan direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi meneruskan siasatan. – https://amiminerals.org/