KUALA LUMPUR, 26 Dis (Iteenews) –Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) hari ini mengeluarkan kertas rundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan pindaan terhadap PeraturanBursa Malaysia Depository Sdn Bhd (Bursa Malaysia Depository) berikutan ia ke arah pendigitalan dalam pengeluaran penyata akaun sekuriti kepada pendeposit (penyata CDS).
Dalam kenyataan hari ini, Bursa Malaysia berkata cadangan pindaan itu membolehkan penyata CDS dikeluarkan menerusi portal MyBURSA bagi kemudahan dan akses yang lebih baik kepada pendeposit.
Katanyapenyata CDS dalam bentuk salinan fizikal masih disediakan dengan bayaran atau mengikut keperluan pendeposit tertentu.
“Selain itu, cadangan pindaan itu memerlukan semua penerbit yang sekuritinya kekal didepositkan dengan Depositori untuk memastikan maklumat mereka sentiasa dikemas kinidan semua pihak tertakluk kepada Peraturan Depositori untuk memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada Depositori.
“Keperluan ini penting bagi memastikanstandard tertinggi untuk integriti dan ketelusan data,” menurut Bursa Malaysia.
Cadangan pindaan itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Bursa Malaysia untuk meningkatkan kecekapan operasi dan amalan mampan selain memastikan Peraturan Depositori kekal sesuai untuk memenuhi keperluan pelabur dan pihak berkepentingan.
Bursa Malaysia mengalu-alukan orang ramai untuk menghantar pandangan dan maklum balas mengenai cadangan pindaan terbabitmenjelang 14 Feb2025.
— BERNAMA