Kenanga Semak Naik Unjuran Kenaikan Keuntungan Tahun Kewangan 2025 Pcg

36f10abdfcd04701702b4e5610b420e5664acfb3103a0 a8218d7693ee027d5dc5f05faa44938f5e688ef9a02be

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Iteenews) –Kenanga Research menyemak semula unjuran keuntungan teras tahun kewangan 2025Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) dengan peningkatan sebanyak 10 peratus yang mencerminkan jangkaan kenaikan harga poliolefin yang lebih tinggi dan keuntungan yang lebih baikbahagian khusus.

Hargapoliolefin kini diunjurkan pada US$1,150 (US$1 = RM4.47) satu tan, meningkat daripada anggaran awal US$1,000 satu tan.

Dalam satu nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata harga poliolefin dijangka meningkat buat tahun ketiga berturut-turut pada 2025.

Ia turut menyatakanIndeks Pengurus Pembelian (PMI) Institut Pengurusan Bekalan Amerika Syarikat (AS) berada dalam aliran menurun sejak 2022, secara konsisten kekal di bawah paras 50 sepanjang 2023 dan 2024, menunjukkan penguncupan industri yang berpanjangan.

"Arah aliran PMI yang positif ini bergerak seiring dengan peningkatantahun ke tahun harga poliolefin, dan kami percaya pelabur perlu memberi perhatian kepada kemungkinan titik peralihan pada tahun 2025,” katanya.

Mengenai bahagian kimia khusus, firma penyelidikan itu menjangkakan pemulihan yang berterusan dalam margin dan volum, didorong oleh pemulihan beransur-ansur ekonomi Eropah, yang dijangka disokong oleh pemotongan kadar awal oleh bank pusat menjelang tahun kewangan 2025.

“Selain itu, rancangan China yang tidak jelas terhadappelaksanaanlangkah ekonomi akomodatif boleh meningkatkan lagi permintaan untuk bahan kimia khusus.

“Bersandarkan kepada prospek yangpositifini, kami menyemak semula unjuran keuntungan bahagian khusus PCG kepadaRM165.1 juta berbandingRM30 juta pada jangkaanawal,” kata Kenanga.

Sementara itu, firma penyelidikan itu juga mengunjurkanpotensi pengetatan sedikit dalam kapasiti petrokimia pada 2025, sama seperti2018, terutamanya untuk PCG yang akan menjalankan aktivitipenyelenggaraan semula lojinya.