Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (lima, kiri) melancarkan kereta elektrik pertama Proton e.Mas 7 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 16 Dis lepas. Perodua eMO-II
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 25 Dis(Iteenews) –Ketika 2024 hampir menutup tirainya, industri automotif dilihat begitu menyerlah bukan sahaja kerana mencatatkan jualan kenderaan yang lebih baik daripada jangkaan tetapi juga dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama buatanMalaysia yang begitu dinanti-nantikan.
e.MAS 7,model sulungEV pertama Malaysia keluaran Proton Holdings Bhdyang dilancarkan Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahimpada 16 Dis lepas,menandakan satu langkah penting dalam usaha Malaysia ke arah penggunaan kenderaan elektrikselaras dengan matlamat mobiliti mampan negara.
Pelancaran EV itu yang jugamerupakan satu lagi peristiwa penting bagi pengeluar kereta nasionaltersebut, dijangka meningkatkan permintaan dalam pasaran EV yang sedang berkembang pesat dan memacu jualan kereta secara keseluruhan.
Tambahan pula, berdasarkan trend kegemaran semasa penggunaterhadap kereta baharu, para penganalisis dan pakar industri percaya jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) bagi2024 akan mengatasi 2023, menandakan tahun ketiga berturut-turut industri itu mencatatkan pencapaian tertinggi sepanjang masa.
Pemacu utama pertumbuhantermasuklah permintaanmampan dalam segmen mampu milik, pelancaran baharu yang menarik, ekonomi domestik yang kukuh, penyerahan pesanan yang cepatdan strategi promosi agresif berterusan daripada pengeluar kereta.
Tahun ini, industri automotif Malaysia berkembangdengan lancar, menunjukkan daya tahan dan kebolehsuaian yangmencerminkan pertumbuhan mantap dan inovasiberfikiran ke hadapan.
Jualan Kukuh