Oleh Rosmalis Anuar dan Teh Kuan Hong
KUALA LUMPUR, 25 Dis(Iteenews) — Setahun berlalu sejak Israel melancarkan kekejaman menerusi serangan ketenteraan namun pembunuhan dan kemusnahan terus mencengkam Gaza.Di sebalik pelbagai usaha sudah dilaksana oleh masyarakat antarabangsa namun gencatan senjata yang berkekalan masih sukar dicapai.
Tatkala konflik yang membinasakan ini berterusan, sebuah negara kekal utuh untuk menamatkan keganasan yakni Malaysia.
Sejak sekian lama Malaysia lantang memperjuangkanhak Palestindan serangan tragis Israel pada 7 Okt 2023 menandakan satu titik perubahan penting dalam respons diplomatik dan kemanusiaan.
Situasi itumenuntut usaha yang bukan sekadarkata-kata -kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas, mendesak agar penderitaan dihentikan melalui pelbagai platform global, menggerakkan sokongan untuk Palestin selain menghulurkan pelbagai bantuan kepada mereka yang terjejas.
Pada 2024, komitmen Malaysia terhadap Palestin kian teguh. Bermula di pentasPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga ke Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) seterusnya di peringkat Liga Arab sehingga ke Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), diketuai dan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar, Malaysia menggunakan setiap saluran yang ada untuk menyeru agar pertumpahan darah segera dihentikan.
Pada 17 JanPerdana Menteri bersama ahli Kabinetmenandatangani poskad khas untuk dihantar kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres bagimendesak badan dunia itu mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan menamatkan kekejaman Israel.
Beberapa hari kemudian iaitu pada23 Jan,Menteri LuarDatuk Seri Mohamad Hasan menegaskan kembalipendirian Malaysia ketikaDebatTerbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung situasi di Timur Tengah dan menyentuh mengenai keperluan untuk Israel menamatkan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa.
Pada 23 Feb, semasa perdengaran awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Mohamad mengecam pencabulan berterusan Israel, menyeru kebertanggungjawaban dan menuntut tindakan itu dihentikan segera. Mesej ini bukan sekadar memberikan kesan dalamkalangan diplomatik tetapi turut menyentuh hati mereka yang mengikuti perkembangan konflik berkenaan.