PNB Umum Agihan Pendapatan 5.75 Sen Seunit, Bayar Agihan Pendapatan Berjumlah RM10.1 Bilion

a652b78caed5104aea56a9644dea1960676a2e42c985a

KUALA LUMPUR, 24 Dis–Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengisytiharkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024.

Pengagihan itu terdiri daripada pendapatan 5.50 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit.

Jumlah pembayaran RM10.1 bilion akan memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB, kata PNB dalam satu kenyataan hari ini.

Pembayaran dividen ASB sebanyak 5.75 sen seunit adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada tahun 2023, dan menjadikan jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB sejak penubuhannya kepada RM196.5 bilion.

ASB terus memberikan pulangan yang mampan, mengatasi pulangan pasaran serta penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank, bilangan akaun ASB meningkat 2.4 peratuskepada 11.1 juta akaun,kata PNB.

Sementara itu,Presiden danKetua Eksekutif Kumpulan PNB, DatukAbdul Rahman Ahmad berkataberkata pengagihan 5.75 sen seunit adalah pembayaran tertinggi sejak 2020.

“Tahun lepas, kita bayar sebanyak RM9.3 bilion. Secara kumulatif, ASB telah mengagihkan RM196.5 bilion sejak penubuhannya,” katanya pada taklimat bersamapengarang mediadi Merdeka 118 pada Isnin.

Abdul Rahman menyifatkan pembayaran lebih tinggi itu disebabkan prestasi lebih kukuh dalam pasaran ekuiti Malaysia, membolehkan ASNB memberikanpulangan yang lebih baik.

“Sejak lima tahun lepas, pemberian dividen adalah mencabar kecuali tahun ini kerana ia mencerminkan prestasi pasaran saham Malaysia. Jika pasaran terus menunjukkan prestasi yang baik, kami berharap dapat mengekalkan pengagihan dividen seperti ini,” katanya.