Naik kereta asing, Aishwarya, Abhishek di ambang perceraian?

AISHWARYA RAI ABHISHEK BACHCHAN

KETIKA rumah tangga dilaporkan di ambang perceraian, Aishwarya Rai dan suaminya, Abhishek Bachchan dilihat hadir ke sekolah anak mereka bersama-sama.

Kehadiran pasangan itu turut disertai bapa Abhishek, Amitabh Bachchan, namun aktor legenda itu menaiki kenderaan berasingan.

Video pasangan itu pulang bersama anak mereka, Aaradhya, 13, usai majlis penghargaan menjadi tumpuan orang ramai. 

Menerusi ruangan komen dalam laman sosial, rata-rata netizen berharap hubungan pasangan itu kembali seperti dahulu.

Desas-desus konflik rumah tangga pasangan itu hangat diperkatakan sejak Julai lalu malah mereka dikatakan sudah tinggal berasingan.

Isu dalaman termasuk campur tangan ibu Abhishek, Jaya Bachchan didakwa menjadi punca keretakan hubungan pasangan popular itu.