Gambar Fail Presiden SAMENTA Datuk William Ng
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Iteenews) –Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia terus menunjukkan kemajuantahun ini dalam persekitaran yang mencabar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran dan anjakan pengawalseliaan, terutamanya dalam peralihan ke arah ekonomi yang mengutamakan digital.
Pada masa yang sama, PMKS juga berhasratuntuk bekerjasama dengan kerajaan bagi menangani halangan perdagangan dan mewujudkan lebih banyak peluang, sambil terus memainkan peranan penting sebagai tulang belakang sektor perniagaan negara.
Cabaran dan Kemajuan untuk PKS Mengutamakan Pendigitalan
Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA), Datuk William Ng menegaskanbahawa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah menerima pendigitalan sedang berkembang maju.
Bagaimanapun, perniagaan tradisional yang masih belum menerima pakai teknologi baharu ini dilihat sedang bergelut untuk meningkatkan jualan mereka, membuktikan bahawa mereka perlu untuk mahir secara digital bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka dalam era teknologi terkini.
Ng berkata dari segi pemulihan pasca pandemik, iaamat menggalakkan, terutamanya bagi PKS dalam sektor seperti semikonduktor, perkhidmatan perniagaan, pertanian dan kecerdasan buatan (AI).
“Namun,perniagaan dalam sektor peruncitan, contohnya, terpaksa berdepan dengan penggunayang cenderung memilihe-dagangdan penglibatan pemain asing, terutamanya dari China.