FPAM Sambut Baik Usaha BNM Hadkan Kenaikan Premium Insurans Kesihatan

6705954053a57b3f209d4375a839791967669a8e0c2c3

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Iteenews) –Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM) menyambut baik langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengehadkan kenaikan premium tahunan bagi insurans perubatan dan takaful pada 10 peratus.

Presiden FPAMAlvin Tan bagaimanapun menegaskan bahawa kos perubatan yang meningkat dan penggunaan penjagaan kesihatan harus ditangani bagimengelakkenaikan premium yang ketara selepas 2026.

“Penyelesaian jangka panjang yang mampan amat diperlukan untuk memastikan produk MHIT (insurans/takaful perubatan dan kesihatan) kekal mampu milik untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tan juga menggesa rakyat Malaysia yang baru-baru ini menamatkan polisi mereka kerana pelarasan premium supaya menghubungi ejen insurans atau pengendali takaful (ITO) mereka untuk pengembalian semula polisi mereka di bawah arahan BNM bagi mendapatkan premium yang lebih rendah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Insurans Hayat dan Penasihat Kewangan Malaysia (NAMLIFA) Krishnan Appanu menggesa agar ITO bersikap lebih telusdalam memanjangkan tempoh perubahan premium selama sekurang-kurangnya tiga tahun untuk semua pemegang polisi yang terjejas.

“BNM harusmemastikan ITO mengeluarkan notis terperinci dan telus mengenai kuantum kenaikan dan menyediakan pilihan yang adil untuk pemegang polisi,” katanya kepada Iteenews.

Krishnan berkata pemegang polisi yang semakin berusia jugamenghadapi kesukaran dengan kenaikan premium tahunan yang berpotensi menyebabkan insurans perubatan tidak mampu dimiliki ketikaia amat diperlukan.

Semalam, BNM mengumumkan langkah interimtermasuk menghendaki ITO menawarkan produk MHIT alternatif pada premium yang sama atau lebih rendah bagi pemegang polisi yang tidak mahu meneruskan pelan denganharga pelarasan baharu.