KUALA LUMPUR, 20 Dis – Keraja– Kerajaan bersama-sama dengan penginsurans dan pengendali takaful (ITO) sertahospital swasta akan memberikan sumbangan sebanyak RM60 juta untuk mempercepat pembaharuan kesihatan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat berkata ini termasuk pelaksanaan model pembayaran “Diagnosis-Related Group” dan penyiaran kos prosedur perubatan lazim bagi meningkatkan ketelusan.
“Selain itu, sebahagian daripada dana ini juga akan digunakan untuk menyokong pembangunan produk asas MHIT yang meliputi keperluan penjagaan kesihatan penting dan memudahkan pemegang polisi yang berumur 60 tahun ke atas membuat pertukaran kepada produk asas baharu apabila ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BNM dan semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Kesihatan, hospital swasta dan ITO komited untuk terus mengukuhkan lagi kerjasama dalam usaha mengawal inflasi kos perubatan dengan berkesan.
Usaha ini termasuk pemakluman yang lebih telus tentang harga ubat-ubatan, kemajuan usaha pendigitalan bagi membolehkan perkongsian rekod perubatan elektronik yang akan mengurangkan keperluan pesakit untuk menjalani ujian yang sama berulang kali dan pembelian secara strategik oleh sektor swasta dan awam bagi mengurangkan kos.
“Kemajuan langkah-langkah ini akan dipantau bagi memastikan hasil yang dihasratkan iaitu pengurangan inflasi kos perubatan dicapai.
“Hal ini juga penting untuk peralihan ke arah penyediaan produk MHIT yang mampan pada masa hadapan,” kata BNM.
Bank pusat berkata perkara ini akan diambil kira dalam kajian semula langkah-langkah interim ini secara berkala yang akan dilaksanakanseiring dengan kemajuanpembaharuan dalam ekosistem penjagaan kesihatan.
— BERNAMA