Jokowi dipecat daripada PDI-P

jokowi dipecat

Joko Widodo. – AGENSI

JAKARTA – Parti Demokrat Indonesia Perjuangan (PDI-P) secara rasmi memecat keahlian bekas presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) selepas beliau menolak calon PDI-P dalam pemilihan pada Februari lalu dan menyokong kempen Prabowo Subianto, lapor agensi berita. 

Pengerusi PDI-P, Megawati Soekarnoputri yang membuat keputusan itu, turut memecat keahlian anak sulung Jokowi dan menantunya. 

Menurut Pegawai Kanan PDI-P, Komarudin Watubun, lebih 20 ahli parti berkenaan turut dipecat. 

“Saya menerima arahan langsung daripada pengerusi untuk mengumumkan pemecatan secara rasmi,” kata Komarudin dalam rakaman video yang diterima oleh saluran berita Bloomberg.

Meskipun pertelingkahan Jokowi dengan parti lamanya berlaku secara terbuka, pemecatan itu akan mencetuskan spekulasi mengenai rancangannya ketika beliau cuba mengekalkan legasinya  selepas berkuasa selama satu dekad.

Penganalisis-penganalisis berkata, ahli politik yang masih popular itu mungkin menubuhkan partinya sendiri atau menyertai kumpulan politik lain untuk membina pangkalan sokongan keluarganya. – AGENSI