PENGALAMAN HAMPIR MENJADI PUNCA PESAWAT TIDAK DIBENARKAN BERLEPAS

1ad02da85c78e8486764ebf7c37abf99676134ee8ebeaGambar Fail/File Photo

 

Oleh M. Govind Nair

 

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Iteenews) — Pada Oktober 2024, saya, isteri dan kakak ipar berdepan situasi kurang menyenangkan ketika menaiki sebuah pesawat Malaysia Airlines bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Chennai, India.

Situasi itu membabitkan isu tempat duduk yang hampir menyebabkan pesawat terbabit \”tidak dibenarkan berlepas.\”

Kami telah diminta untuk mengosongkan tempat duduk di barisan pintu keluar yang ditempah secara dalam talian atau \”pesawat itu tidak akan dibenarkan untuk berlepas.\”

Tindakan memilih tempat duduk sedemikian berkait rapat dengan ciri ruang kakinya yang lebih luas – menjadi alasan utama menempahnya dan membawa kami menaiki pesawat itu dan duduk tanpa sebarang isu.

Sejurus kemudian, seorang pramugara menghampiri dan bertanyakan usia kakak ipar dan selepas mengetahui usianya yang mencecah lebih 70 tahun, beliau diberitahu bahawa tempat duduk itu bukan untuknya.

Pramugara itu kemudian beralih kepada saya dan isteri dan selepas mengetahui usia kami, bertegas bahawa kami bertiga perlu berganjak ke tempat duduk lain.