MALAYSIA PERCEPAT PERTUMBUHAN EV DENGAN KERJASAMA CHINA SELARI IMPIAN HAB SERANTAU

a166091b2210b1fb7861688bcff29f3d676225a3707a8Kredit: Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Iteenews) –Industri kenderaan elektrik (EV) Malaysia sedang berkembang pesatdengan lebih 100,000 kenderaan berkenaanterjual dan direkodkan.

Dalam pada itu, lebih 3,300 stesen pengecasan ditubuhkan di seluruh negara setakat ini sekali gusmeletakkan negara sebagai pusat serantau utama untuk inovasi EV.

Ketua Pegawai Operasi Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Mohd Sharulnizam Sarip berkata komitmen kerajaan selaras dengan Matlamat Sifar Karbonyang dijadikan impian besaruntuk 2050 selainmemperkukuh kerjasama dengan China untuk memacu pembuatan, penyelidikandan pertumbuhan mampan dalam sektor automotif.

Bercakap dalamForum EV Malaysia-China, beliau menekankan inisiatif strategik negara untuk membina ekosistem EV yang mantap melalui kerjasamatermasuk memorandum persefahaman (MoU) dengan pelbagai organisasi China yang memberi tumpuanusaha sama dalam pembuatan, penyelidikan dan pembangunan serta pemindahan teknologi.

“Usaha sedemikian bertujuanmeningkatkan peranan Malaysia dalam rantaian nilai EV serantau dan global. Dasar Automotif Nasional (NAP) 2030 kekal sebagai asas agenda EV Malaysia yangmenggalakkan pengeluaran kenderaan mesra alam, kemudahan kitar semula bateri dan pembangunan infrastruktur,” katanya.

Forum tersebutdiadakan bersempena Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 yang berlangsungdari 17 hingga 19 Dis, 2024 anjuran China EV100 iaitubadan pemikir pihak ketigabersama Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd dan Dewan Perniagaan Malaysia-China.

Mohd Sharulnizam berkata MARii menggariskan rancangan untuk membangunkan keupayaan kitar semula bateri EVtermasuk kemudahan hidrometalurgi di Perakuntuk menyokong pengurusan sumber lestaridalam sektor EV yang semakin berkembang.

Beliau berkata penglibatan China dalam ekosistem automotif Malaysia membawa teknologi dan pelaburan termaju ke dalam pasaran tempatan denganmeningkatkan permintaan dalam sektor elektronik dan elektrik (E&E).

“Inisiatif ini dijangka melengkapkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport semikonduktor keenam terbesar dunia selainmeningkatkan lagi aktiviti pembuatan bernilai tinggi seperti fabrikasi wafer dan pembangunan litar bersepadu.