Dewan Negara: 5,891 murid terlibat buli sehingga Oktober lalu

WhatsApp Image 2024 12 16 at 5.09.37 PM 1

Wong Kah Woh – FOTO JAPEN

KUALA LUMPUR – Berdasarkan data daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), seramai 5,891 murid didapati terlibat buli pada tahun 2023, manakala hingga 31 Oktober 2024 jumlah murid yang direkodkan adalah seramai 5,703 murid.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) menggunakan empat aspek utama untuk menangani gejala buli iaitu penyedaran, pelaporan, pemantauan, dan penghukuman.

Oleh sebab itu katanya, KPM telah melaksanakan satu program baru-baru ini dengan melibatkan seramai 2,542 murid tingkatan empat, tingkatan enam, Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia dan pelajar kolej matrikulasi menyertai program rintis bagi mengekang kegiatan buli dalam kalangan pelajar.

Dikenali sebagai Program Pembinaan Karakter Generasi MADANI (GenMADANI), ia antara usaha Kementerian Pendidikan (KPM) secara konsisten.

Katanya, ia di samping aktiviti pencegahan, penguatkuasaan peraturan dan langkah intervensi oleh pengetua dan guru besar (PGB).

“Sebahagian besar modul yang diguna pakai dalam pelaksanaan program ini merangkumi domain patriotisme dan kenegaraan dengan penerapan unsur disiplin diri, pengurusan masa, kecergasan fizikal, kognitif serta amalan kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial.

“Melalui projek rintis ini, pada tahun hadapan KPM akan memperluaskan pelaksanaan program selari dengan Konsep Generasi MADANI dengan menambahbaik modul sedia ada,”katanya pada Dewan Negara hari ini. – https://amiminerals.org/.