KUALA LUMPUR – Blogger kontroversi, Wan Azri Wan Deris atau Papagomo ditahan awal pagi tadi bagi membantu siasatan kes penipuan.
Difahamkan, penahanan ke atas lelaki itu adalah bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penggunaan nama sebuah syarikat untuk mengutip dana.
Papagomo ditahan anggota Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman awal pagi tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan Papagomo di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Peguam Wan Azri, Rafique Rashid Ali memaklumkan, anak guamnya ditahan di rumah pada pukul 1.30 pagi tadi.
Rafique mendakwa laporan polis terhadap Papagomo dibuat oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tahun lalu berhubung isu berkaitan Invoke Solutions.
Beliau turut mengecam penahanan seorang lagi individu, Wan Shaidi Wan Ibrahim (WSI) yang turut dikaitkan dalam kes tersebut. – https://amiminerals.org/.