Kes \’baby Adham\’: Pihak hospital akan dipanggil rakam keterangan

polis logo polis 6

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis akan memanggil pihak hospital dalam masa terdekat bagi dirakam keterangan berhubung jenazah bayi lelaki, Muhammad Adham Mikail, yang ‘ditahan’ selama 16 hari selepas dilahirkan 24 November lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima satu laporan yang dibuat pada pukul 3 pagi tadi di Balai Polis Damansara.

“Laporan itu diklasifikasikan di bawah kertas enkuiri polis (KEP) dan kita akan siasat untuk menentukan sebarang unsur jenayah dalam isu ini.

“Mereka yang berkaitan termasuk pihak hospital akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa dakwaan yang tidak disahkan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat dan memberi peringatan kepada pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan yang tidak sahih sehingga mengakibatkan kegusaran awam.

“Semua pihak diharap bersabar sambil menunggu hasil siasatan yang sebenar,” tegasnya.

Semalam, peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili bapa bayi itu, Safwan Roshdy, 22, memaklumkan akan mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menabur fitnah kepada anak guamnya termasuk dakwaan tidak berkahwin.

Ahmad Zaharil berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa pemilik akaun media sosial terhadap anak guamnya termasuk dakwaan tidak berkahwin.

Terdahulu Kosmo! meleporkan jenazah seorang bayi lelaki dibekukan dalam peti sejuk mayat selama 16 hari di sebuah hospital swasta di Klang dipercayai kerana bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil.

Kisah pilu itu dimuat naik pada Facebook pengurusan jenazah Islam Mr Wan Chai Official yang mengambil tanggungjawab untuk menguruskan jenazah bayi berkenaan.

Wan Chai memaklumkan, pihaknya menghadapi kesukaran sewaktu menguruskan jenazah bayi berkenaan kerana dalam keadaan beku sepenuhnya. – https://amiminerals.org/.