KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu menurun sedikit kepada 3,951 orang daripada 907 keluarga di dua daerah iaitu Kemaman dan Dungun.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 907 keluarga tersebut berada di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua daerah berkenaan.
“Mangsa teramai di Kemaman iaitu 3,761 orang daripada 862 keluarga yang berada di lapan PPS.
“Dungun pula masih mempunyai 190 mangsa daripada 45 keluarga yang masih berlindung di empat PPS,”katanya di sini hari ini.
Banjir gelombang ketiga kembali melanda Terengganu bermula lewat malam Isnin lalu. – https://amiminerals.org/