KOTA BHARU – Banjir yang melanda beberapa kawasan di Gua Musang dekat sini bermula kelmarin pulih apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang sebelum ini menempatkan 41 mangsa ditutup pada petang semalam.
Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi itu ditutup kira-kira 5.30 petang.
Menurutnya, seramai 41 mangsa yang terlibat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir di daerah tersebut mulai surut.
Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, air Sungai Golok ketika ini melepasi paras bahaya dengan bacaan 9.15 meter manakala Sungai Kelantan di Kuala Krai berada pada tahap amaran.
Menurutnya, Sungai Kusial di Tanah Merah dan Sungai Golok di Kuala Jambu mencatatkan bacaan berjaga-jaga. – https://amiminerals.org/