SEJUMLAH 25 SYARIKAT TEMPATAN KIRIM SURAT NIAT UNTUK MELABUR DI IKN — TENGKU ZAFRUL

a5438e8f4b4f97908da8a3820d77c1bf67598aa692b8d.

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Iteenews) —  Sejumlah 25 buah syarikat dari Malaysia telah mengirim Surat Niat (LOI) untuk melabur di Ibu Kota Nusantara (IKN), Indonesia setakat ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Daripada jumlah itu, beliau berkata dua syarikat telah melepasi peringkat penilaian akhir, dengan potensi pelaburan masing-masing sebanyak RM7.79 bilion dan RM10.47 billion.

\”Aktiviti atau industri yang dicadangkan (bagi pelaburan di IKN) termasuk tenaga, pembangunan bandar, pengilangan, infrastruktur, pengurusan sisa
pepejal dan perkhidmatan konsultasi.

\”Penglibatan syarikat-syarikat dari Malaysia dalam pembangunan IKN dijangka dapat merancakkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala Malaysia-Indonesia melalui perdagangan barangan dan perkhidmatan, termasuk tenaga pakar, dari Malaysia,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Dewan Negara, hari ini.

Tengku Zafrul berkata pada 2023 Indonesia merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dalam rantau ASEAN dan ketujuh terbesar secara global, dengan jumlah perdagangan dua hala berjumlah RM111.21 bilion.

\”Menyedari akan pembangunan IKN boleh membawa peluang ekonomi di wilayah Borneo, terutamanya untuk negeri Sarawak dan Sabah, kerajaan melalui MITI, telah mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama pemegang taruh, pihak industri, dan pihak berkepentingan lain bagi mengenal pasti langkah-langkah untuk merealisasikan penglibatan Malaysia supaya dapat membawa pulangan ekonomi yang terbaik kepada semua pihak,\” katanya.

Berdasarkan maklumat daripada Otorita IKN (OIKN), beliau berkata jumlah pelaburan di IKN disasarkan sebanyak US$32 bilion untuk sektor tenaga boleh baharu, rangkaian telekomunikasi, pengangkutan, perumahan, rawatan air, pengurusan sisa, infrastruktur teknologi, infrastruktur komersial, kemudahan perubatan, kemudahan sosial dan awam, kemudahan pendidikan dan zon industri hijau.  

\”Sehingga kini, jumlah komitmen pelaburan yang telah dikenal pasti adalah sebanyak US$3.68 billion,\” katanya.