307 mangsa banjir berlindung PPS di Gua Musang

banjir Gua Musang

Anggota Balai Polis Bertam membantu mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi untuk berpindah ke PPS, petang semalam. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada seramai 307 mangsa berbanding 180 orang pada petang semalam.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, semua mangsa itu melibatkan 72 buah keluarga yang berlindung di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan, seramai 235 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Semai Bakti, Felda Chiku 7.

“Seramai 41 mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi manakala 31 orang lagi di Dewan Orang Ramai Batu 6,” katanya.

Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, Sungai Sokor di Tanah Merah sudah melepasi paras bahaya manakala Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan amaran.

Selain itu, tiga aliran Sungai Galas di Gua Musang, Kuala Krai dan Kusial Baru melepasi paras berjaga-jaga. – https://amiminerals.org/