PETALING JAYA – Seramai 6,407 mangsa banjir terdiri daripada 1,597 keluarga dilaporkan di lima negeri dilanda banjir, setakat pukul 9.15 pagi ini.
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Terengganu merekodkan seramai 5,844 mangsa (1,447 keluarga), diikuti oleh Kelantan dengan 307 mangsa (72 keluarga) serta Johor dengan 155 mangsa (41 keluarga).
Seterusnya, Pahang dengan 67 mangsa (26 keluarga) dan Perak seramai 34 mangsa (11 keluarga).
Sebanyak 40 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir tersebut. – https://amiminerals.org/