MELAKA – Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Merlimau, Jasin, pagi tadi.
Harraz Noah Nazrul Nizam, enam bulan, ditemui tidak sedarkan diri kira-kira pukul 11.40 pagi dalam keadaan mukanya tertutup dengan selimut di atas katil.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi memberitahu, kes tersebut masih dalam siasatan oleh pegawai penyiasat dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.
Tinjauan Kosmo! di Jabatan Forensik Hospital Melaka kira-kira pukul 6.40 petang tadi mendapati, ahli keluarga bayi berkenaan termasuk ibu bapanya masih berada di ruangan menunggu sementara proses bedah siasat dijalankan.
Difahamkan setakat ini tiada penahanan dibuat terhadap pengasuh terbabit. -https://amiminerals.org/.