Kredit/Credit: MIDA
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Iteenews) — Sektor pembinaan Malaysia memperkukuh kedudukan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi tahun ini, sebahagian besarnya dipacu oleh peningkatan kerja-kerja infrastruktur kejuruteraan awam.
Pembinaan pusat data telah memberi dimensi baharu untuk mempertingkat aktiviti pembinaan di samping penyambungan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), \”Rapid Transit System Link\” dan Lebuhraya Pan Borneo.
Pembinaan beberapa pusat data telah membantu sektor itu berkembang 19.1 peratus dalam tempoh 11 bulan tahun ini, dengan sentimen memberangsangkan setakat ini membawa kepada prospek pembinaan yang optimistik pada 2025.
Sementara itu, bagi tiga sukuan tahun ini, nilai keseluruhan kerja yang telah siap berjumlah RM116.8 bilion, dengan didahului subsektor kejuruteraan awam, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Projek itu meliputi pelaburan dan inisiatif strategik yang menumpukan kepada ketersambungan, kemampanan dan transformasi digital.
Penekanan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur telah menarik pelaburan domestik dan asing yang besar sekali gus menetapkan tahap untuk pertumbuhan jangka masa panjang.
Sentimen Positif ditunjukkan menerusi Indeks Pembinaan