CHINA EV100 ANJUR FORUM EV, GALAKAN KERJASAMA LEBIH BAIK DENGAN MALAYSIA

d2825bab203bf243c983af7a15e5ebf86757019e32798

 

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Iteenews) — China EV100, sebuah badan pemikir pihak ketiga, bekerjasama dengan Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia di China (MAYCHAM China), untuk menganjurkan Forum Kenderaan Elektrik (EV) Malaysia-China yang pertama di Malaysia.

Ini bagi mempromosikan kerjasama yang lebih erat dalam industri EV di Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024) yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.

Dijadualkan berlangsung pada 17-18 Dis 2024, forum itu bertujuan membincangkan penerobosan teknologi EV, pembangunan kawal selia dan infrastruktur, reka bentuk inovasi dan kerjasama serta cabaran kemampanan yang membentuk masa depan mobiliti di seluruh dunia.

Forum ini juga disokong oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Persatuan Kenderaan Sifar Pelepasan Karbon Malaysia (MyZEVA).

 

Memupuk kerjasama, membincangkan potensi kecerdasan buatan (AI) 

Setiausaha Agung China EV100 Zhang Yongwei berkata dengan komitmen terhadap penyelidikan dan pertukaran, forum itu penting untuk memajukan dasar Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) dan dialog industri.

Beliau berkata ia akan membantu memudahkan evolusi industri automotif yang lancar dan kolaboratif, sejajar dengan transformasi dalam tenaga, infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pengangkutan dan pembangunan bandar pintar.