Siapa lahir tahun 1985, jangan lupa buat ujian kesihatan

hospital

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Individu yang lahir pada tahun 1985 dinasihatkan untuk melakukan ujian kesihatan kerana bakal memasuki fasa baharu tahun hadapan.

Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan, individu yang lahir pada 1985 layak ‘menyertai’ kelab 40-an, iaitu fasa hidup di mana segala gaya hidup sejak remaja mula ‘membalas dendam’.

“Sebelum terlambat, kami cadangkan anda buat beberapa pemeriksaan asas, yang pertama adalah tekanan darah bagi pastikan tekanan hidup anda tak turut menaikkan tekanan darah.

“Kedua adalah bacaan gula dalam darah. Cukuplah guna alasan sekali-sekala. Ucap selamat tinggal pada minuman-minuman manis (tular) dan lain lain,”jelasnya dalam satu hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Tambah PHM, pemeriksaan kesihatan ketiga yang dicadangkan adalah ujian paras kolesterol.

“Kalau sebelum ni nasi kandar ‘surre’ menjadi rakan karib, mungkin ini masa sesuai untuk kurangkan sebelum jantung buat drama ‘merajuk’.

“Mungkin usia 40 hanya angka, tapi angka ini bakal menentukan sama ada anda nak berseronok di usia emas atau ulang-alik ke hospital. Pilihan di tangan anda,”kata hantaran itu lagi. – https://amiminerals.org/.