PARIS – Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dipilih, Donald Trump berkata hari ini bahawa pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelensky berminat mencapai perjanjian untuk menamatkan perang antara negaranya dan Russia selepas pertemuan mereka di Paris.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron menjadi tuan rumah kepada rundingan tiga hala bersama Zelensky dan Trump di Istana Elysee kelmarin, hampir tiga tahun selepas pencerobohan Moscow dan menjelang angkat sumpah Trump pada Januari 2025.
“Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian dan menamatkan kegilaan (perang) ini.
“Sepatutnya gencatan senjata segera dilaksanakan dan rundingan wajar bermula. Terlalu banyak nyawa melayang begitu sahaja, terlalu banyak keluarga musnah dan sekiranya ini berlarutan, ia boleh bertukar menjadi sesuatu yang lebih besar serta lebih buruk,” kata Trump di platformnya, Truth Social.
Pertemuan Zelensky bersama Trump itu adalah perjumpaan bersemuka pertama sejak beliau memenangi pilihan raya Presiden pada 11 November lalu. – AFP