Mangsa banjir lima negeri terus menurun, tinggal 5,555 orang

IMG 20241207 WA0029

Penduduk Kampung Jejuluk, Tumpat membersihkan kelengkapan rumah mereka yang terjejas akibat banjir – Foto oleh ROHANA ISMAIL

PETALING JAYA – Seramai 5,555 mangsa daripada 1,644 keluarga direkodkan petang ini, menurun berbanding 11,451 orang yang terjejas banjir pada pagi tadi.

Negeri yang terjejas adalah Kelantan, Kedah, Melaka, Johor dan Perak.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 3,704 orang daripada 1,099 keluarga.

Kedah berada di tempat kedua dengan 1,131 mangsa daripada 331 keluarga diikuti Johor dengan 471 mangsa daripada 139 keluarga.

Perak mencatatkan 126 mangsa daripada 43 keluarga, sementara Melaka merekodkan bilangan mangsa paling rendah iaitu 123 orang daripada 32 keluarga.

“Sebanyak 31 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi setakat petang ini,” katanya. – https://amiminerals.org/