\’Penat jadi Suri, nak bahagia pun susah\’

SURI FALAH

Watak Suri dilakonkan oleh Ummi Nazeera dalam drama Andai Tiada Dia.

PETALING JAYA – Ramai penonton meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkembangan drama Andai Tiada Dia, terutama selepas watak Suri dan Falah, yang disangka akan mencapai kebahagiaan, menghadapi cabaran baharu.

Pada awalnya, drama ini memberi harapan kepada penonton bahawa watak Suri yang dilakonkan oleh Ummi Nazeera akan mendapat kebahagiaan selepas melalui pengkhianatan suaminya, Haikal (lakonan Hisyam Hamid), dan adiknya, Intan (lakonan Mimi Lana).

Penonton menganggap titik bahagia cerita ini sepatutnya dicapai selepas Suri berkahwin dengan Falah (lakonan Zahiril Adzim) dan Intan menjadi lumpuh akibat perbuatannya sendiri.

Namun, perkembangan cerita yang melibatkan konflik baharu seperti penyakit kanser Falah telah mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan penonton.

“Drama ini meleret-leret dah, tiba-tiba Falah ada kanser pula,” komen seorang pengguna media sosial, Szreen.

FALAH SURI
Watak Falah dilakonkan oleh Zahiril Adzim dalam drama Andai Tiada Dia.

Penonton lain turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perkembangan cerita yang dianggap semakin sukar diikuti.

“Andai Tiada Dia patut berakhir selepas Intan lumpuh dan Falah berkahwin dengan Suri. Kenapa perlu tambah konflik sampai Falah sakit dan Intan pula tukar muka?” kata Elle.

Drama adaptasi novel karya Rissa Ahdiya ini, yang diarahkan oleh Riza Baharudin, pada awalnya mendapat pujian kerana jalan cerita yang dinamik dan mendalam tanpa episod yang membosankan.

Penambahan konflik baharu dalam drama Andai Tiada Dia menyebabkan ramai penonton merasakan jalan ceritanya menjadi terlalu berlebihan, dan lebih baik jika hanya terdiri daripada 27 episod, kerana penambahan sehingga 36 episod membuatkan jalan cerita terasa meleret dan kurang menarik untuk diikuti.

“Ingatkan dah tamat drama ini, tiba-tiba ada ‘plot twist’ lagi. Rasa malas dah nak tengok,” luah Amira Syahira, yang menggambarkan betapa drama ini telah menguji kesabarannya. -https://amiminerals.org/