DAP Sarawak Bertanding Pilihan Raya Negeri Akan Datang – Chong

73a67b2c7bb45dd75b944c464d9af66162c3f1db4f4fdParti Tindakan Demokratik (DAP).

KUCHING, 1 Dis (Iteenews) — DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, langkah yang didorong oleh sokongan padudaripada perwakilan parti dan tekad kepimpinan negeri untuk mencapai hasil yang lebih baik, kata PengerusinyaChong Chieng Jen.

Beliau yang dipilih semula untuk jawatan itusemasa pemilihan Jawatankuasa DAP negeri bersempena Konvensyen Biasa Negeri DAP Sarawak berkata mandat besar yang diterima daripada perwakilan adalah faktor utama di sebalik keputusan berkenaan.

“Kami telah mendengar daripada anda, perwakilan, melalui angkat tangan anda, harapan perwakilan, dan akan meneruskan perjuangan kami selaras dengan itu,” katan Ahli Parlimen Kuching itu ketika berucap di hadapan perwakilan setelah selesai proses pemilihan di sinihari ini.

Sementara ituSetiausaha Organisasi Kebangsaan DAPSteven Sim ketika berucap semasa perasmian konvensyen itumengesahkan sokongan tidak berbelah bahagi kepimpinanparti untuk DAPSarawak danberikrar untuk bersama-sama mereka dalam persiapan menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

“Saya ingin menegaskan sokongan DAP Malaysia kepadasemua rakankami di DAP Sarawak. Kami akan bersama-sama supaya anda boleh teruskan perjuangan ini untuk rakyat Sarawak,” katanya.

Antara yang dipilih menganggotai Jawatankuasa DAP Sarawak 2024-2027 adalah Ahli Parlimen Lanang Alice Lau sebagai Timbalan Pengerusi, Ahli Parlimen Mas GadingMordi Bimol (Naib Pengerusi), Ahli Parlimen SibuOscar Ling (Naib Pengerusi), Alan Ling (Setiausaha) danLarry Asap (Penolong Setiausaha).

Turut dilantik Chiew Chiu Sing (Bendahari), Violet Yong (Setiausaha Organisasi), Teng Mee Hing (Penolong Setiausaha Organisasi), Roderick Wong (Penolong Setiausaha Organisasi), Kelvin Yii (Setiausaha Publisiti), Michael Kong (Penolong Setiausaha Publisiti) dan Irene Chang (Pengarah Pendidikan Politik).