Ewon Dipilih Pengerusi PH Sabah

372318b5a1b9abc1b8adc29f8ac2256b674c3923a3ca0Datuk Ewon Benedick. Foto: Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO)

KOTA KINABALU, 1 Dis (Iteenews) — Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)Datuk Ewon Benedickdipilih sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu bagi penggal 2024 hingga 2026.

Ewon yang juga Menteri pembangunan Usahawan dan Koperasi dipilih ke jawatan itu dalam mesyuarat agung PH Sabah di sini hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Christina Liew, jugaMenteri Pelancongan, Kebudayaandan Alam Sekitar negeri,yang telah menjadi Pengerusi PH Sabah sejak 2017.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ewon berkata pemilihan itu merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas bagi memastikan jentera PH Sabah dan Kerajaan MADANI dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat Sabah.

Dalam memegang jawatan tersebut, beliau juga berhasrat agar PH Sabah memastikan kestabilan Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahimuntuk terus membangunkan Sabah serta Persekutuan Malaysia.

“PH Sabah mempunyai autonomi dalam menentukan tadbir urus dan kerjasama politik. Keputusan mesyuarat PH Sabah hari ini telah memenuhi semua kehendak perlembagaan PH dan telah berjalan dengan lancar.

“Saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Christina di atas sumbangan besar beliau sepanjang menjadi Pengerusi PH Sabah selama ini. Kita akan maklumkan secara rasmi kepada pimpinan PH tentang keputusan ini dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di sini hari ini.

Turut hadirPengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR SabahDatuk Mustapha Sakmud, Pengerusi DAP Sabah Datuk Phoong Jin Zhe danPengerusi Amanah SabahLahirul Latigu.

Ewon berkata walaupun beliau daripada UPKO, sebuah parti dari Sabah, tidak timbul satu perasaan bahawa PH Sabah mesti diterajui parti tempatan kerana gabungan itu mempunyai wawasan dan matlamat yang lebih besar iaitu memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat Sabah.