Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (Gambar fail)
SHAH ALAM, 2 Dis (Iteenews) — Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor Dr Mohd Khairuddin Othman menerusi kenyataan memaklumkan, untuk jawatan Timbalan Pengerusi 1 dan 2 pula masing-masing disandang Pengerusi DAP Selangor Ng Sze Han dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor Izham Hashim.
“Mesyuarat Agung Tahunan Pakatan Harapan Selangor yang diadakan petang semalam di Shah Alam, dihadiri 450 perwakilan daripada PKR, DAP dan Amanah.
“Barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor bagi sesi 2024/2025, diluluskan secara sebulat suara dalam mesyuarat agung itu,” katanya.
Berikut senarai AJK Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor bagi sesi 2024/2025:
Pengerusi Tetap: Zulfadzlee Shah Shaharuddin (Amanah)
Timbalan Pengerusi Tetap: Quratulain Atiqah Norzahirul Anuar (DAP)
Pengerusi: Datuk Seri Amirudin Shari (PKR)