JAKARTA – Seorang isteri di Pangandaran, wilayah Jawa Barat nekad mendedahkan perbuatan seorang guru yang menjalin hubungan sulit dengan suaminya bagi memberi pengajaran kepada wanita tersebut, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.
Menurut ibu dua anak yang dikenali sebagai MAW, 35, dia mula mencurigai tindak-tanduk suaminya sejak sebulan lalu sebelum menemui bukti kecurangan lelaki itu menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp.
“Mereka pernah mendaftar masuk ke hotel dan (suami) menjemput wanita itu dengan menaiki kereta saya,” katanya.
Tambah MAW, teman wanita suaminya itu kemudian disahkan seorang guru berstatus janda yang mengajar di sebuah sekolah di Pangandaran.
“Saya pergi ke sekolahnya dan meminta penjelasan daripadanya. Perkara itu akan dilaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah,” ujarnya.
Menurut MAW, dia nekad mendedahkan perkara itu kepada pihak sekolah bagi memastikan guru tersebut menerima hukuman setimpal atas perbuatannya yang tidak melambangkan imej seorang pendidik. – AGENSI