Penstrukturan Semula BPMB, SME Bank, Exim Bank Selaras Dengan Agenda Nasional

6201c7ca7aa8aa5b413cbc039cc3ff7366c05a4029f55

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Iteenews) — Penstrukturan semula InstitusiKewangan Pembangunan (IKP) adalah selaras dengan agenda nasional untuk melaksanakan pembaharuan dan memperkukuhkan institusi-institusi milik kerajaan, kata Kementerian Kewangan.

Iamelibatkan Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank).

Kementerian itu berkataterdapat keperluan di pihak kerajaan untuk membuat penjajaran semula mandat, menilai kecekapan operasi dan prestasi sertapenyampaian perkhidmatan setiap institusi bagi memastikan setiap institusi tersebut mencapai mandat dan masih kekal relevan.

"Oleh itu, penstrukturan semula IKP milik kerajaan ini akan menyaksikan mandat yang dikemas kini, keberkesanan penyampaian perkhidmatan dipertingkatkan, kapasiti modal diperkukuhkan dan jaringan pelanggan diperluaskan," katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen hari ini.

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai pendirian kerajaan terhadap cadangan penggabungan tiga bank tempatan berkenaandan kesannya terhadap pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Sementara itu kementerian berkenaan memaklumkan antara manfaat yang bakal diterima oleh PMKS melalui penstrukturan semula adalah peningkatan akses kepada pembiayaan dengan nilai lebih besar untuk pengembangan perniagaan melalui rekod kredit sedia ada apabila semua data peminjam dipusatkan.

Selain itu, gabungan ketiga-tiga bank berkenaan dalam penstrukturan semuladijangka meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kewangan.

"Dengan penyertaan EXIM Bank dalam penstrukturan semula ini, PMKS akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat pembiayaan dan insentif bagi tujuan eksport.

"Ini akan membuka pintu kepada PMKS untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara dan memanfaatkan peluang dalam pasaran global," katanya.