Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying ketika Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Iteenews) –Kerajaan dalam proses menganalisisanggaran hasil tambahan yang boleh dikutip daripada pengenalan cukai dividen sebanyak dua peratus, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Beliau berkata anggaran tambahan hasil yang telah dimuktamadkan akan diumumkan berdasarkan keperluan.
“Proses penyediaan anggaran ini mengambil masa kerana terdapat keperluan kepada Kementerian Kewanganuntuk mengumpulkan data-datapembayaran dividen daripada pelbagai sumber,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
Cukai pengenalan dua peratus telah diperkenalkan ke atas pemegang saham dengan dividen tahunan lebih RM100,000 dalam Belanjawan 2025.
Lim berkatacukai yangakan dikenakanpada kadar dua peratus ini adalah rendah berbanding negara lain yang jugamengenakan cukai ke atas pendapatan pelaburan seperti di United Kingdom iaitu sebanyak 39.35 peratus.
Dalam pada itu, Lim berkatapelaksanaan cukai dividen dijangka tidakmemberi impak besar kepada pasaran saham dan tidak menjejaskan transaksi pelaburan di Malaysia.
“Sejakpengumuman,tiada reaksi ketara dari segi pergerakan atau prestasi Bursa Malaysia yang mencadangkan sebarang kehilangan minat pelabur.
“Pelaksanaan cukai dividen juga dijangka tidak mengakibatkan pemindahan dana pelaburan yg signifikan ke luar negara,” katanya.