Sistem Kojana Tingkatkan Kecekapan Tenaga Lebih 70 Peratus, Melestarikan Alam Sekitar

1a6608ef955050e93e3483cbd9f57184675061783f5ef Kredit : MGA 28580ca5e496c0dea799a606f4e91746675061563d4de Kredit : MGA

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Iteenews) –Sistem gabungan haba dan kuasa (CHP)atau ‘kojana’yang menghasilkan tenaga elektrik dan haba berguna secara serentak daripada sumber tenaga sama, mampumeningkatkan kecekapan tenaga lebih daripada 70 peratus, menghasilkan penjimatan kos tenaga yang ketara dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar bagi tempoh jangka panjang.

Persatuan Gas Malaysia (MGA) berkata selain meningkatkan kecekapan tenaga, sistem kojanamenawarkan fleksibiliti melalui keupayaan mereka untuk segerakdengan grid kuasa nasional dan berintegrasi dengan sistem penyejukan.

Ia memberikan kelebihan operasi untuk industri yang bergantung pada bekalan kuasa dan haba yang berterusan.

Fleksibiliti itumenjadikan sistem kojanapenyelesaian ideal untuk pelbagai sektor termasuk pembuatan, petrokimia dan bangunan komersil.

“Teknologi kojanamuncul sebagai pemboleh penting dalam membantu Malaysia mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara(NETR), menyasarkan penjimatan tenaga sebanyak 21 peratus menjelang 2040.

“Ini termasuk matlamat jangka pendek untuk meningkatkan kecekapan tenaga, justerumengurangkan penggunaan di kediaman sebanyak 15 peratus dan penggunaan oleh industri sebanyak 22 peratus,” kata MGA dalam satu kenyataan hari ini.

Kojana adalahsistem teknologi penggunaan haba atau stesen janakuasa untuk menjana elektrik dan haba berguna secara serentak.

Presiden MGA, Abdul Aziz Othman berkata kojanamenawarkan penyelesaian yang terbukti berkesan untuk meningkatkan kecekapan tenaga, mengurangkan kos operasidan menyokong aspirasi kemampanan Malaysia.

“Menerusipeningkatan kecekapan kira-kira 20 peratus, kojanameningkatkan kebolehpercayaan bekalan kuasa dan menawarkan fleksibiliti dalam penyepaduannya dengan grid kuasa dan sistem penyejukan.