KUALA LUMPUR, 5 Dis (Iteenews) –Kerajaan belum berhasrat memperkenalkan cukai baharu dalam tempoh terdekat, kata Kementerian Kewangan (MoF).
MoF berkata pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada selainmelaksanakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025.
“Kerajaan terlebih dahulu akan mengambil kira keperluan hasil, kedudukan ekonomi semasa, struktur, batasan dan cabaran sistem percukaian negara secara keseluruhan, ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan dan lebih penting adalah kesan dan kesediaan rakyat,”katanyamenerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Negara.
MoF menjawab soalan Senator Datuk Seri S. Vell Paari Tun yang mahu tahu sama ada kerajaan merancang untuk memperkenalkan cukai baharu dalam tempoh terdekat dan sekiranya ada, apakah langkah diambil oleh kementerianuntuk memastikan cukai itutidak membebankan rakyat memandangkan kos sara hidup semakin meningkat.
Antara cukai yang dilaksanakan ialah pelaksanaan cukai minimum global mulai 1 Januari, 2025 terhadapsyarikat multinasional yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta euro dankenaan cukai dividen pada kadar dua peratus mulai tahun taksiran 2025 ke atas pendapatan dividen, katanya.
Selain itu, turut dilaksanakan adalahpelaksanaan e-invois mulai 1 Ogos, 2024 secara berperingkat kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta danSistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) secara berfasa berdasarkan kepada jenis surat cara atau perjanjian.
Dalam pada itu, semakan semula kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan akan bermula pada1 Mei, 2025 dansemakan semula kadar duti eksais ke atas produk minuman bergula pula dijalankan mulai 1 Januari, 2025.
MoF berkata kerajaan akan terus memastikan langkah-langkah cukai diumumkan bersifat lebih progresif, mudah ditadbir, tidak memberi impak negatif kepada kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi, pada masa sama dapat menjana hasil yang mampan kepada kerajaan.
— BERNAMA