MIDF Kekal Optimis Terhadap Prospek Perdagangan Malaysia

d62a8fcd4e902f17b1b889b92c5771315f8ffc5db3e81

KUALA LUMPUR, 3 Dis(Iteenews) –MIDF Amanah Investment Bank Bhd kekal optimis tentang prospek perdagangan Malaysia dan prospek pertumbuhan sektor pembuatan, memandangkan permintaan eksport yang bertambah baik.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, firmaitu berkata ia menjangkakan aktiviti pengeluaran Malaysia akan terus berkembang, disokong oleh pemulihan dalam permintaan luar.

Menurut Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Malaysia yang diselaraskan mengikut musim pada November 2024, pesanan eksport daripada pasaran antarabangsa menaik, berkemungkinan disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat di seluruh rantau Asia Pasifik.

Bagaimanapun, indeks berkenaanmerosotkepada 49.2 pada November 2024 (Oktober 2024: 49.5), bacaan terendah dalam tujuh bulan dan meneruskan penguncupan selama enam bulan berturut-turut.

Penurunan pada November 2024 mencerminkan kelemahan menyeluruh dalam sektor pembuatan, disebabkanoleh penguncupan dalam pesanan-pesanan baharu, output dan tahap inventori.

Pesanan baharu misalnya mencatatkan kejatuhan paling besar dalam tempoh tujuh bulan. Tunggakan kerja menjadi stabil danmencapai tahap tertinggi selama empat bulan, sebahagian besarnya disebabkan oleh kapasiti pengeluaran yang terhad.

Aktiviti pembelian, bersama-sama dengan stok input dan barang siapmenyusut pada kadar yang lebih perlahan.

Selain itu, masa penghantaran terus menjadi panjang untuk bulan ketujuh berturut-turut, sebahagian besarnya disebabkan gangguan rantaian bekalan yang dikaitkan dengan krisis Laut Merah yang berterusan.

Tekanan kos bagi pengilang bertambah apabila harga input meningkat, terutamanya didorong oleh harga komoditi yang lebih tinggi dan ringgit yang menyusut, walaupun pada kadar paling perlahan dalam tempoh sembilan bulan.