Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC)
KUCHING, 3 Dis (Iteenews) — Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC) menjalin kerjasama dengan peneraju teknologi global FPT Corporation bagi melonjakkan matlamat negeri berkenaan sebagai hab ekonomi digital serantau.
Usaha kerjasama itu dilakar menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) diHo Chi Minh City, Vietnam, pada hari ini, kata kenyataan SDEC.
Di bawah perjanjian itu,FPT akan berperanan sebagai rakan strategik teknologi SDEC, melaksanakan pembangunan bersama dan pengkomersialan penyelesaian inovatif mengikut keperluan Sarawak.
Antara tumpuan bidang kerjasama itu seperti e-kerajaan, bandar pintar, penjagaan kesihatan, tenaga dan keselamatan siber.
Naib Presiden EksekutifFPT Pham Minh Tuan menyuarakan keyakinannya terhadap kerjasama itu, memetik pengalaman dua dekad syarikat itu dalam sektor teknologi maklumat (IT) Malaysia yang mengiktirafnya sebagai rakan teknologi boleh dipercayai.
“Menerusi gabungan kedudukan Sarawak sebagai tenaga penggerak transformasi digital Malaysia dan kepakaran FPT, kami dapat mewujudkan bersama penyelesaian inovatif yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) dan teknologi generasi akan datang bagi menangani cabaran kritikal di Asia Tenggara,” katanya.
Kerjasama itu akan turut mengutamakan usaha pembangunan bakat selain syarikat pemula niaga.
FPT akan bekerjasama denganuniversiti tempatan dan kolej teknikal untuk reka bentuk kurikulum khusus, program latihan sertalatihan amali yang bertujuan melengkapkan tenaga kerja Sarawak dengan kemahiran penting dalam pembangunan perisian, analisis data serta AI.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SDECDatuk Sudarnoto Osmanpula menyifatkan kerjasama dengan FT sebagai penekanankomitmen Sarawak dalam memajukan ekonomi digital yang jugapemacu utama pertumbuhan ekonomi di rantau ini.