Inflasi Kos Tuntutan Perubatan Industri Insurans, Takaful Malaysia 56 Peratus Dari 2021-2023

07f0e0810df86489979ac9114dc939d96749142c62cd7Persatuan Insurans Hayat Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Nov(Iteenews) –Industri insurans dan takaful Malaysia menyaksikan kadar inflasi kos tuntutan perubatan kumulatif yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu sebanyak 56 peratus dalam tempoh2021 hingga 2023.

Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama daripada Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Menurut kenyataan bersama berkenaan,lonjakan itu dipacuoleh pelbagai faktor seperti peningkatan kos rawatan perubatan, teknologi penjagaan kesihatan yang canggih dan peningkatan penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Sehubungan itu, kata kenyataan tersebut, hal ini menjadikan penetapan semula harga premium sebagai satu langkah yang tidak dapat dielakkan.

"Selain daripada inflasi, kuantum penetapan semula harga juga dipengaruhi oleh faktor seperti penilaian risiko individu, pengumpulan risiko, faedah dan ciri produkserta pembayaran tuntutan yang dijangka.

"Walaupun pengendaliinsurans dan takaful mempunyai kitaran penetapan semula harga yang berbeza, mereka biasanya menyemakdan menyesuaikan premium setiap tiga tahun bagimemastikan kemampananpelan insurans perubatan, dengan kesan terkumpul inflasi tuntutan yang mengakibatkan pelarasanpremium meningkat," kata kenyataan itu.

Sementara itu, persatuan-persatuan berkenaanberkata pihak industri menyambut baik pengumuman terkini oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) mengenai penubuhan unit kawalan kos bagimenguruskan kos penjagaan kesihatan dalammemastikan perkhidmatan kesihatan kekal mampu milik sambil mengekalkan piawaian penjagaan yang tinggi.

Mereka berkata pihak industrijuga menyokong gesaanMenteri Kesihatan untuk menyediakan sistem penyampaian penjagaan kesihatan berasaskan nilai dengan memberi tumpuan kepada memberikanhasil kesihatan yang lebih baik pada kos yang mampan.

Kata persatuan-persatuan tersebut, hal ini bagimembantu mengimbangi kemampuan harga dan kualiti dalam jangka masa panjang.