Kempen MYES 2024 Tawar Pengalaman Beli-belah, Melancong Tiada Tandingan

KUALA LUMPUR, 27 Nov — (dari kiri) Timbalan Presiden Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) Boon Eng Law, Presiden Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPKM) Phang Sau Lian, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dr Yasmeen Yasim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy dan Naib Presiden Pemasaran Mastercard Dheeraj Raina bergambar pada Majlis Sidang Media Kempen Jualan Nasional Malaysia Year End Sale 2024 di Sunway Pyramid hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Iteenews) — Tourism Malaysiamelancarkan KempenJualan Akhir Tahun Malaysia 2024 (MYES 2024) dengan tawaran pelbagai aktiviti dan promosi menarik kepada pengguna serta pelancong bermula15 Nov lepashingga 1 Jan ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Manoharan Periasamy berkataMYES 2024 menawarkan pengalaman beli-belah dan melancong yang tiada tandinganmerangkumi pelbagai penawaran barangan, penginapan, pengangkutan serta makanan dan minuman.

Beliau berkatakempen yangdiadakan dengan kerjasama Mastercard serta lebih 60 penggiat industri pelancongan ituturut menawarkanlebih 130 aktiviti dan promosi menarik kepada pelancong yang berkunjung ke pusat beli-belah di seluruh negara sepanjang tempoh tersebut.

“Tarikan utama bagi kempen kali ini adalah Jualan Tengah Malamyang melibatkanAeon Mall Tebrau City pada 29 hingga 30 Nov, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (29-30 Nov), Freeport A’Farmosa Outlet Park (21 Dis), Noor Arfa Craft Complex Kuala Terengganu (21 Dis), Aeon Mall Kota Bharu (24 Dis), Sutera Mall Johor Bahru (31 Dis) dan The Exchange TRX (31 Dis).

“Kempen ini juga mendapat sokongan penuhdaripada rakan industri seperti Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK Malaysia), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA), Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Malaysia Aviation Group (MAG),” katanya dalam sidang media kempenMYES 2024 di Sunway Pyramid di sinisemalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Dr Yasmeen Yasim, Naib PresidenPemasaranMastercard Dheeraj Raina, Presiden PPK Malaysia merangkap Pengurus Besar Kanan Sunway Malls Kuala Lumpur Phang Sau Lian dan Timbalan Presiden MRA merangkap Ketua PegawaiOperasiParkson Corporation Sdn Bhd Law Boon Eng.

Manoharan berkata antara tawaran menarik lain sepanjang MYES 2024 ialah diskaun hingga 90 peratusuntuk produk terpilih, cabutan bertuah dengan hadiah utama seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) GWM HAVAL H6 HEV dan Toyota Vellfire, serta sesi jatuhan belon dengan hadiah keseluruhan bernilai RM20,000.

Beliau berkata turut ditawarkanpromosi istimewa mingguan melibatkan produk kecantikan, pakaian, aksesori, peralatan rumah dan barangan elektronik, reruai barangan berjenama, persembahan konsert, tawaran harga tiket penerbangan, Air Asia Ride dan pakej penginapan istimewa.

Dalam pada itu, beliau berkatajumlah perbelanjaan pelancong bagi tempoh Januari hingga September lepasmencecahRM26.98 bilion iaitu peningkatan63 peratus berbanding RM16.56 bilion yang direkodkan untuk tempoh sama pada 2023.