Prospek Perniagaan Suku Keempat 2024 Kekal Positif – MIER

ac88d9c3a073a1e9dfdf464803f2842b611669c2e7b77

KUALA LUMPUR, 27 Nov(Iteenews) — Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)menjangkakan prospek perniagaan bagi tempoh suku keempat 2024 kekal positif dengan Indeks KeyakinanPerniagaan (BCI) mencecah hampir 105 mata.

MIER berkata antara pemacu utama termasuk jualan dan pengeluaran yang stabil, peningkatan tahap penggajian atau pekerjaan, kenaikan kos upah dan peningkatan kecekapan dari aspek penggunaan kapasiti.

“Sebahagian besar syarikat-syarikat optimis terhadap prospek perniagaan bagi tempoh tiga bulan akan datang susulan imej Malaysia yang lebih disenangi.

“Indeks Keadaan Perniagaan Malaysia MIER bagi suku keempat 2024 dijangka memaparkan pertumbuhan jualan, pekerjaan dan kos upah,” katanya susulan Laporan Tinjauan Keadaan Perniagaan MIER bagi suku ketiga 2024.

Selain itu, indeks berkenaan juga memaparkan aliran positif dalam pekerjaan dan jualan, sekali gusmenandakan daya tahan dan potensi pemulihan yang lebih kukuh.

Dalam laporan itu, MIER juga menyifatkanprestasi jualan keseluruhan bagi suku ketiga 2024 adalah positif.

“Pada asas tahun ke tahun, inimenunjukkan indeksmeningkat sebanyak 8.9 mata kepada 52.8 pada suku ketiga 2024 berbanding 43.9 mata bagi tempoh sama pada 2023,” katanya.

Selain itu, MIER berkata indeks pekerjaan menunjukkan trend positif dengan peningkatan setiap tahun sebanyak 14.3 mata kepada 56.5 dalam suku ketiga 2024 (42.2 bagi suku ketiga 2023).

Angka bagi suku ke suku juga meningkat daripada47.6 dalam suku kedua 2024.