PKS Perlu Segera Sepadukan Amalan ESG Dalam Operasi Perniagaan – BNM

d0bdea43d4c92fe040c99bf69ff392fc5e7433106e841

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Iteenews) — Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu segera mengintegrasikan amalan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) dalam operasi perniagaan untuk mengekalkan daya saing di pasaran dan memastikan kelebihan mampan dalam jangka panjang, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut bank pusat,penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu seperti di Kesatuan Eropah telah memberi kesan kepada pengeksport langsung dan tidak langsung Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.

Sehubunganitu, langkahini mungkin akan mempengaruhi kaedah PKS menjalankan perniagaan pada masa depan, terutama berikutan permintaan untukpembekal mematuhi amalan ESG yang terus meningkat, kata BNM semasa bengkel media bertajuk“Sustainability in Financial Sector: Greening Finance and Financing Green” di sini hari ini.

"Selain itu, kemampuan untuk bertahan akan menjadi antara sebab utama untukPKS mengintegrasikan ESG dalam perniagaan mereka.

"Terdapatbeberapa kos dan pelaburan yang perlu dilakukan PKS untuk melaksanakan langkahperalihan, tetapi ini akan memberikan manfaat jangka panjang untuk perniagaan," kata BNM.

Bank pusat berkata syarikat misalnya boleh mengurangkan kos operasi perniagaandengan menggunakan inisiatif kecekapan tenaga.

Menurut BNM, ia akan terus memudahkan peralihan PKS kepada ESG menerusi danaberkaitanseperti kemudahan peralihan karbon rendah dan kemudahan berteknologi tinggi dan hijau.

— BERNAMA