Untung Bersih Suku Ketiga TH Plantations Melonjak Kepada RM21.55 Juta

a2bd2c641441b487c51793fbe4825b396745cdbaa0571 TH Plantations Bhd 81c36608200d0c7c90ca9c8dae3512d56745cc25e0e3f CEO THP- Mohamed Zainurin bin Mohamed ZainKredit: TH Plantations Bhd

KUALA LUMPUR, 26 Nov(Iteenews) — Keuntungan bersih bagi suku ketiga 2024TH Plantations Bhd (THP) melonjak kepadaRM21.55 juta daripadaRM17.55 juta tahun lepas.

Hasil meningkat16.32 peratus kepada RM251.99 juta daripadaRM216.64 juta sebelum itu, didorong oleh prestasi yang kukuh dalam perladangan kelapa sawit, peningkatan jumlah jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit, serta purata harga direalisasi yang tinggi bagi kedua-dua produk.

Bagi tempoh sembilan bulan terkumpul, keuntungan bersih melonjak kepadaRM44.99 juta daripadaRM34.34 juta manakalahasil naik kepadaRM607.32 juta daripadaRM535.52 juta.

Dalam satu kenyataan berasingan selepas makluman keputusan suku ketiga kepada Bursa Malaysia, syarikat perladangan itu berkata ia mencatat keputusan kewangan yang cemerlang bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2024 dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM95.12 juta.

"Ia mencerminkan peningkatan ketara sebanyak56.06 peratus berbandingRM60.95 juta yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun lepas. Pertumbuhan ini terutamanya disokong oleh hasil yang lebih tinggi daripada peningkatan jumlah jualan danpurata harga direalisasi yang lebih baik bagi MSM dan isirung sawit.

“Selain itu, peningkatan kecekapan operasiuntuk tempoh sembilan bulan juga menghasilkan kenaikan 69 peratus dalam keuntungan kasar sebanyak RM180.76 juta daripada RM107.06 juta bagitempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

THP berkata pengeluaran tandan buah segar (TBS) meningkat 10.3 peratus daripada 539,123 tankepada 594,416 tan, disumbangkan antaranya olehtrend tanaman yang lebih baik, terutama dari Semenanjung Malaysia.

“Hasil TBSsehektar juga meningkat sebanyak 11.3 peratus. Margin keuntungan kasar meningkat sebanyak 48.9 peratus, daripada 19.99 peratus kepada 29.76 peratus, manakala margin PBT juga meningkat 37.6 peratus daripada 11.38 peratus kepada 15.66 peratus,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Mohamed Zainurin Mohamed Zain berkata THP berada di landasan yang betul untuk memberikannilai kepada para pemegang saham kerana PBT untuk sembilan bulan telah melepasi PBT tahun penuh bagi tahun kewangan 2023 sebanyak RM85.91 juta.