KPN laksana 300 program berimpak tinggi sepanjang tahun 2024

piz kpn 2.jpg34

Konsep ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sekali lagi mempamerkan kejayaan cemerlang sepanjang tahun ini menerusi pimpinan Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang.

Selaras dengan tema 2024 ‘Membudayakan Perpaduan, Me­raikan Kepelbagaian’, KPN menonjol sebagai antara kementerian di bawah Kerajaan Persekutuan yang mencatatkan prestasi luar biasa, melalui penganjuran lebih 300 program berimpak tinggi.

Kejayaan itu sekali gus membuktikan kepimpinan, pengurusan, serta pelaksanaan dasar dan program KPN berteraskan kluster Komuniti Rahmah, Semarak Perpaduan dan Semarak Kenegaraan berada di landasan yang tepat dalam mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan negara.

Menurut Aaron, Dasar Perpaduan Negara (DPN) merupakan dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Konsep ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ digunakan untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

“Dasar ini menetapkan hala tuju perpaduan negara dan bertindak sebagai pemangkin bagi pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan makmur.

“Tunjang kepada teras dan strategi DPN ialah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang perlu dihayati dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. DPN yang dibangunkan ini juga selaras matlamat digariskan di bawah gagasan Malaysia Madani,” katanya.

aaron
Aaron Ago Dagang

Beliau berkata, kementerian te­lah mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia, sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan wari­san.

“Segala pelaksanaan program dan inisiatif tahun ini berdasarkan tiga objektif yang digariskan dalam DPN, iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional, membentuk identiti nasional dan melahirkan rak­yat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penga­rah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berterima kasih kepada KPN kerana menjadikan muzium sebagai salah satu hab utama dalam memperkukuhkan perpa­duan nasional.

Katanya, kerajaan menyediakan peruntukan khas kepada JMM dalam menjayakan program Citra Nusa@Muzium anjuran KPN, bertujuan untuk penghayatan masyarakat kepada kepelbagaian warisan negara.

“Antara lokasi pilihan adalah Indonesia, Melaka, Muzium Kota Kayang, Muzium Arkeologi Lembah Bujang dan Muzium Seni Kraf Orang Asli (Kuala Lumpur).

“Menerusi Citra Nusa @ Muzium, JMM turut menganjurkan Hari Muzium Antarabangsa di Pulau Pinang, Uniti Trail di Muzium Negara, Persidangan Yi-Jing serta Program Bermalam di Muzium (Muzium Negara dan Muzium Kota Kayang).

“Penganjurannya sekali gus menyumbang kepada peningkatan positif pengunjung ke muzium,” katanya ketika ditemui Kos­mo! baru-baru ini.

Kamarul Baharin menambah, kepelbagaian program yang dianjurkan KPN bersama JMM untuk menyantun golongan masyarakat majmuk di negara ini telah berjaya mendapat maklum balas positif serta penglibatan komuniti dilihat sangat memberangsangkan.

Beliau turut bersetuju bahawa kebanyakan program anjuran KPN memberi impak positif dan bermanfaat dalam menyatukan rakyat berbilang kaum di Malaysia kerana pendekatan yang dilakukan seiring dengan kehendak semasa untuk menjayakan agenda Madani pada tahun ini. -https://amiminerals.org/