KUALA LUMPUR, 26 Nov (Iteenews) — Isu pengurusan rumah pangsakos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat,Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) bertanyakanusaha memperkasakan Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi badan yang berkesan memandangkan terlalu banyak masalah pengurusan perumahan terutamarumah pangsa kos rendah seperti kerosakan infrastruktur.
Beliau mengemukakan soalan itu kepadaMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi.
Pada sesi sama,Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu)meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan akan memperkenalkan polisi keluar (exit policy)kepada penghuni kuarters untuk menggalakkan penghuni terutamayang menetap melebihi 10 tahun memiliki rumah sendiri sekali gusmemberi peluang kepada penjawat awam baharu ditawarkan kuarters dan meringankan beban sewa.
Turut menarik perhatian, soalanDatukSeri DrWan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) berhubungTabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang merekodkan12.3 peratus remaja berumur 15 hingga 17 tahun mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung membunuh diri.
DrWan Azizah meminta Menteri Pendidikan menyatakan tindakan dan langkahyang berkesan diambil mengatasi situasi itu pada sesi soal jawab lisan.
Usai sesi itu,persidangan diteruskan dengan sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian terlibat.
— BERNAMA