Sarawak Bakal Ambil Alih MASwings Bulan Depan

b2e683c67b62fc4945fb1f9b79bdbbfb67434c2228270

KUCHING, 24 Nov (Iteenews) –Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG)bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata penubuhan syarikat penerbangan Sarawak tersebutbertujuan mempromosikan negeriitukepada komuniti perniagaan dan pelancong.

“Dengan lapangan terbang yang dibangunkan dengan baik, keseluruhan ekosistem di Sarawak akan bersedia, membolehkan kita berdaya saing dengan destinasi lain.

“Matlamat ini dijangka dapat dicapai menjelang 2035 sambilkita terus mencapai kemajuan dalam pembangunan bidang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Sarawak di sini, malam ini.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata rundingan masihdijalankan antara MASwings dan kerajaan Sarawak.

Menurut Loke, rundingan juga sedang dilakukandengan MAG danKhazanah Nasional Bhd berhubung pembeliansaham dalam MASwings.

— BERNAMA