PuTERA35 Libatkan GLC, GLIC Dan Sektor Swasta, Bantu Pembangunan Ekonomi Bumiputera

4cd4df41d4ebae0dba269990a9add15e6743fa491cd18Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah Datuk Hajah Hanifah Hajar Tun Abdul Taib ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena persidangan Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Iteenews) –Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) memperkenalkan pelbagai penambahbaikan berbanding agenda pembangunan terdahulu, termasuk penglibatan lebih menyeluruh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC)dan sektor swasta.

Timbalan Menteri EkonomiDatuk Hanifah Hajar Taib berkata antarapenambahbaikan lain terhadap pelaksanaan dan pemantauan yang diperkenalkan di bawah PuTERA35 ialahpewujudan Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera atau UPAB di setiap kementerian bagi melaksana dan memantau ikhtiar PuTERA35 secara rapi.

“Kedua, pembangunan Dashboard PuTERA35 bagi memudah cara dan pemantauan pelaksanaan dan penilaian keberhasilan sehingga 2035 yang lebih sistematik,” katanyapada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyathari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaanTan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh)mengenai langkah kerajaan memastikan keberkesanan hala tuju baharu pembangunan ekonomi Bumiputera di bawah PuTERA35sebagai kesinambungan daripada Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030).

Beliau berkata PuTERA35turut memberi tumpuan khusus kepada masyarakat bumiputera Sabah, Sarawakdan Orang Asliserta memastikan manfaat turut dinikmati oleh kumpulan minoriti bukan bumiputera yang memerlukan.

Ia menetapkan matlamat yang lebih menyeluruh dengan memartabatkan masyarakat bumiputera dalam pelbagai aspek sosioekonomi dan tidak memberi tumpuan kepada pemilikan ekuiti semata-mata.

Menjawab soalan tambahan daripada Muhyiddin mengenai strategi untuk mencapai sasaran 15 peratus sumbangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada ekonomi negara, Hanifah Hajar berkata PuTERA35 memberi keutamaan kepada sektor berpotensi tinggi untuk membuka peluang kepada bumiputera dalam industri bernilai tinggi yang disokong kerajaan.

“Tumpuan utama adalah pada industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi(HGHV), termasuk teknologi digital, elektronik dan elektrik(E&E), pertanian moden, industri asas tanidan industri halal.

“Selain itu, sektor seperti kewangan Islam, logistik, pelancongan, perkhidmatan penjagaanserta model teroka dan ekuiti persendirian turut diberi perhatian khusus,” katanya.