Oleh Syamsiah Sahat
GUANGZHOU, 25 Nov (Iteenews) — Dalam memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, Persatuan Kelestarian Perniagaan Kecil dan Sederhana Kinta (KPKS) Perak mengambil inisiatif melakukan lawatan ke China bagi mencari peluang kerjasama dengan PKS di negara itu.
Naib Presiden KPKS Tan Boon Chye berkata lawatan selama enam hari itu yang bermula 23 November lepas merupakan satu langkah penting untuk memastikan PKS tempatan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
“Kita mahu membawa PKS tempatan, sebagai permulaan dari kawasan Jelapang dan Perak untuk mencari peluang kerjasama dengan PKS di China.
“PKS tempatan akandibantu dari segi teknikal melalui jalinan kerjasama perniagaan antara kedua-dua pihak,” katanya kepada Iteenews di sini.
Turut serta dalam delegasi itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Jelapang Cheah Pou Hian, Presiden KPKS Ooi Kah Biewserta peserta delegasi yang terdiri daripada pengusaha PKS Perak.
Mereka ialah Pengarah Eksekutif TD Furniture GroupWong Kok Hun, Pengarah Eksekutif Semangat Hikmat Sdn BhdDatuk Loo Leap Chye, Pengarah Eksekutif Hurm Burg Marketing (M) Sdn BhdYong Wai Meng, Pengarah Eksekutif Chiang Ying Engineering Sdn BhdChiang Voon Mun.
Selain itu, Pengarah Eksekutif Sin Hock Leong Coach Sdn BhdBernard Ng Chong Yan, Ketua Pegawai Eksekutif Salutica BhdJoshua Lim Phan Yih, Pengarah Eksekutif Green Master Harvest Sdn BhdSit Heng Yeen dan Pengarah Eksekutif Symphony Action Sdn BhdChia Chee How.
Tan berkata antara tujuan utama lawatan itu ialah mempelajari teknik pengendalian PKS di China yang lebih maju supaya PKS tempatan dapat mengguna pakai teknik yang sama untuk meningkatkan pengeluaran sekali gus dapat bersaing dengan pasaran global.